Thursday, January 3, 2008

Jangan Takut kepada Kesakitan

Saudara dan saudari yang saya hormati,

Penderitaan selama tiga tahun menempuh dugaan kerana penyakit leukimea CML tidak sama sekali mematahkan semangat, perasaan dan jiwa saya. Kepada rakan yang sama menghidapi penyakit yang sama, adalah disarankan supaya jangan terlalu risau sebab kerisauan itu yang akan menambahkan kesakitan yang kita alami. Kepada sesiapa yang menghidapi penyakit tersebut dan membaca blog ini, saudara atau saudari boleh menghubungi saya untuk mendapat serba sedikit nasihat. Insyallah, sama sama kita cuba mengatasinya.